IPU Johan Setia catat bacaan tidak sihat

Iklan

SHAH ALAM - Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Johan Setia Klang di sini, mencatatkan bacaan tidak sihat sehingga jam 4 petang tadi.

Menurut data di laman Jabatan Alam Sekitar tersebut, data menunjukkan bacaan dengan indeks 136.

Iklan
Iklan

Bacaan tersebut dikesan sejak pagi tadi.

Dalam pada itu, 54 kawasan menunjukkan bacaan sederhana dan 11 lagi baik, di seluruh Malaysia.

Iklan

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Iklan