Mangsa kemalangan teruskan majlis perkahwinan
Iklan
Majlis Pernikahan Farah Amirah Sarifuddin yang terlibat dalam kemalangan Sabtu lalu.
Teruskan nikah walaupun guna streatcher
PELABUHAN KLANG -"Dalam tempoh seminggu, 'mimpi ngeri' itu bertukar menjadi kenangan yang tidak dapat saya lupakan sampai bila-bila," Demikian luahan Farah Amirah Sarifuddin, 24, mangsa kemalangan di Persiaran Selangor arah Bulatan Kemajuan ke Bulatan Selangor, Seksyen 15, Shah Alam Sabtu lalu.
Walaupun terpaksa melangsungkan pernikahan di atas"stretcher", dia tetap ceria kerana dapat memenuhi hasrat keluarga.
Iklan
Iklan
Farah Amirah, yang dimasukkan wad di Hospital Pantai Klang dibenarkan pulang hari ini untuk meneruskan majlis pernikahan bersama pasangannya, Muhammad Faiz Aqwa Abdu Halim di Kampung Hamid Tuah, Telok Gong, Pelabuhan Klang.
Kakitangan Islamic Relief Malaysia (IRM) itu selamat menjalani pembedahan ketiganya semalam selepas mengalami keretakan di bahagian tulang femur di peha kanannya.
Iklan
Farah Amirah dan Faiz Aqwa selamat diijabkabulkan.
Farah berkata, dia terpaksa meneruskan majlis tersebut kerana kad undangan telah diedarkan kepada tetamu.
Katanya, dalam tempoh mendapatkan rawatan di hospital dia hanya berdoa untuk diberi kekuatan bagi meneruskan majlis pernikahan yang sudah dirancang.
Iklan
"Ketika kejadian memang saya tak sedar, dan tak percayapun saya boleh selamat apabila melihat gambar kedua-dua kereta remuk teruk.
"Bagaimanapun, saya bersyukur kerana terselamat dan dapat meneruskan hari bersejarah kami walaupun terpaksa berada di atas katil," katanya.
Sabtu lalu, seorang lelaki maut manakala Farah mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.
ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki maut dalam kemalangan berhampiran Karangkraf
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>