Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Iklan
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Ringgit melantun semula daripada kerugian semalam untuk ditutup tinggi selepas mata wang Amerika Syarikat (AS) menyusut susulan daripada hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang ini, ringgit naik kepada 4.4045/4075 daripada 4.4050/4065 pada akhir urus niaga Rabu.
Iklan
Iklan
Penganalisis itu berkata dolar AS telah merosot, kehilangan semua keuntungan diperoleh pada hari sebelumnya kerana pelabur bimbang kemungkinan kemelesetan akan berlaku.
Pada Rabu, Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell berkata bank pusat itu komited untuk mengekang inflasi yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun manakala pelabur pula semakin bimbang bahawa pengetatan monetari yang agresif akan menyebabkan ekonomi AS mengalami kemelesetan.
Iklan
"Di Malaysia, ringgit dijangka turun naik berbanding AS kerana kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemelesetan menjadikan peserta pasaran bersikap defensif," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kelompok mata wang utama lain.
Iklan
Ringgit naik berbanding pound Britain kepada 5.3722/3758 daripada 5.3966/3984 pada Rabu dan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1682/1706 daripada 3.1707/1722 dan melonjak berbanding euro kepada 4.6318/6349 daripada 4.6332/6348 sebelumnya.
Bagaimanapun, unit tempatan susut berbanding yen Jepun kepada 3.2534/2559 daripada 3.2392/2408 pada Rabu. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>