Belgium setuju kerja 4 hari seminggu
Iklan
BRUSSELS - Kerajaan gabungan di Belgium pada Jumaat mengumumkan ia bersetuju terhadap pembaharuan rang undang-undang buruh termasuk kemungkinan membenarkan tempoh bekerja empat hari dalam seminggu, lapor Agensi Anadolu (AA).
"Perjanjian pekerjaan" bertujuan memberi fleksibiliti dan kebebasan dalam bekerja dengan objektif meningkatkan kadar tenaga kerja dalam kalangan dewasa melebihi 80 peratus berbanding 70.6 peratus menjelang 2030.