PASIR MAS - Masjid Mukim Kelar di sini mengaktifkan komuniti setempat dengan pelbagai program dalam usaha menyuburkan perpaduan dalam masyarakat.
Imam Dua Masjid Mukim Kelar, Mohd Nazir Abd Rahman berkata, dalam merealisasikan hasrat itu slogan 'Nak hidup masjid, mesti ada program diaktifkan'.