Maxis bentuk perikatan 5G terbesar percepatkan penemuan teknologi
Iklan
Perikatan ini bakal mencipta, mengkomersialkan dan menskalakan kes penggunaan 5G dan penyelesaian inovatif rentas industri untuk memacu transformasi digital serta inovasi.
MAXIS Bhd membentuk perikatan 5G terbesar di Malaysia untuk mempercepatkan penemuan teknologi dan penyelesaian perusahaan Internet Pelbagai Benda (IoT) seiring dengan agenda digital negara.
Syarikat itu dalam satu kenyataan pada Rabu, Maxis 5G Alliance itu akan bermula dengan 16 ahli yang terdiri daripada rakan kongsi teknologi dan industri global serta tempatan, inovator selain rakan kongsi pelanggan strategik dari pelbagai industri untuk memanfaatkan ekosistem simbiotik dan membuka nilai lumayan teknologi Revolusi Industri 4.0.
Iklan
Iklan
Antara ahli tersebut ialah Advantech, Amdocs, CrescoNet (dahulunya syarikat kumpulan Intellihub), Cisco, Google Cloud, GSMA (Komuniti Industry 5G APAC), Huawei, LLVision, Microsoft, MIMOS, Motorola Solutions, NEC, Omron, Realwear, SAS dan Vodafone.
"Perikatan ini bakal mencipta, mengkomersialkan dan menskalakan kes penggunaan 5G dan penyelesaian inovatif rentas industri untuk memacu transformasi digital serta inovasi,” katanya.
Iklan
Penyedia penyelesaian konvergen itu berkata, komuniti tersebut bakal berkembang berasaskan kolaborasi terbuka merentas semua organisasi yang boleh mempercepatkan penerimaan dan penggunaan inovasi didayakan oleh 5G dan saling hubungan rangkaian tertumpu.
"Organisasi ahli ini disusun merangkumi tiga aliran iaitu rakan kongsi teknologi dan industri, inovator dan rakan kongsi pelanggan strategik,” katanya.
Iklan
Maxis juga berkata, melalui rakan kongsi berbilang kepakaran dalam ekosistem Maxis 5G Alliance, pelanggan dapat meraih pelbagai manfaat daripada rangkaian ini melalui Program ‘Sell and Grow’, Program Interaksi dan Pertukaran serta Program Inovasi dan Bina.
"Semua penyelesaian dan kes penggunaan akan dikuasakan oleh Maxis Programmable Network, sebuah rangkaian maju program perisisan diiktiraf di Malaysia yang akan menyediakan rangkaian luas penyelesaian informasi dan komunikasi (ICT) tertumpunya yang memenuhi spektrum penuh keperluan perniagaan,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut tentang Maxis 5G Alliance dan penyertaan ahli, sila layari https://business.maxis.com.my/en/campaign/5g-alliance. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>