Kerajaan perlu komprehensif tangani kenaikan harga barang: Bersatu
Iklan
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berpendirian bahawa kerajaan mesti mengambil langkah komprehensif untuk membendung kenaikan harga dan memastikan bekalan barangan makanan serta keperluan harian mencukupi.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, fokus utama mesti diberikan kepada usaha-usaha untuk membantu rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah.