BSMM sumbang 1,000 beg makanan kepada pesakit HTA, HKL
Iklan
Sumbangan beg makanan yang diserahkan oleh Tunku Puteri Intan Safinaz di Wad Kanak-kanak.
SHAH ALAM - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) menyerahkan sumbangan beg makanan kepada 1,000 pesakit di wad Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Tunku Azizah (HTA) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Isnin.
Pengerusi Kebangsaan BSMM, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah berkata, sebanyak 500 beg makanan disumbangkan kepada pesakit di wad-wad HTA, manakala 500 lagi disumbangkan kepada pesakit di HKL.
Iklan
Iklan
Program sumbangan itu merupakan projek BSMM bersama Zurich Takaful sempena sambutan Hari Bulan Sabit dan Palang Merah Sedunia yang bertemakan #BeHumanKIND dan juga perayaan Aidilfitri yang diraikan pada bulan Mei tahun ini.
"Selaras dengan tema ini, kami BSMM sebagai organisasi kemanusiaan sedaya upaya membantu masyarakat yang memerlukan bantuan tidak kira di mana ataupun pada bila-bila masa tanpa mengira darjat, bangsa atau agama,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Iklan
Mengulas lanjut, Tunku Puteri Intan Safinaz berharap agar BSMM, HTA dan HKL dapat berkolaborasi membantu pesakit-pesakit di hospital mengurangkan tekanan, kesunyian dan menyuntik semangat mereka ketika berada di hospital.
Selain itu, beliau turut menekankan fungsi pasukan sukarelawan Pasukan Sokongan Psiko Sosial dan Kesihatan Mental BSMM yang giat membantu meringankan beban trauma mangsa Covid-19, banjir dan lain-lain bencana.
Iklan
"HKL juga merupakan penyelia bagi program Hotspot BSMM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan projek kolaborasi antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta BSMM dan St John Ambulans Malaysia,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>