Pemilihan PKR: Azmin ucap tahniah kepada Amirudin
Iklan
SHAH ALAM - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari kerana terpilih dalam Pemilihan PKR 2022 bagi kerusi Ketua Cabang Gombak.
Ucapan itu dinyatakan menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi milik Mohamed Azmin pada Ahad selepas keputusan pemilihan parti itu menunjukkan Amirudin memperoleh 1,858 undi iaitu 351 undi secara fizikal dan 1,507 undi secara dalam talian manakala pencabarnya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memperoleh 1,215 undi ( 679 undian secara fizikal dan 536 undian dalam talian).