KUCHING - Satu rang undang-undang baharu dijangka dibentangkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri akan datang bagi menggantikan Ordinan Mahkamah Bumiputera 1992 dan Kaedah-kaedah Mahkamah Bumiputera 1993.
Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai pada Selasa berkata, dua ordinan itu dicadang untuk dimansuhkan dan diganti dengan Ordinan Mahkamah Bumiputera yang baharu bagi mentransformasikan Mahkamah Bumiputera, untuk mengangkatnya menjadi sistem perundangan bebas yang setara dengan Mahkamah Syariah dan Sivil.