Bekas guru pendidikan jasmani didakwa salah guna kuasa
Iklan
BUTTERWORTH - Seorang bekas guru pendidikan jasmani dan kesihatan sekolah menengah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas dua pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mencadangkan syarikat sendiri sebagai pembekal peralatan sekolah pada 2017.
Hazlina Kasah, 46, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan itu yang didakwa dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pokok Sena.
Iklan
Iklan
Bagi pertuduhan pertama, Hazlina dituduh sebagai pegawai pendidikan siswazah gred DG48 di sekolah itu telah menggunakan kedudukan sebagai ketua panitia pendidikan jasmani dan kesihatan untuk mendapatkan suapan apabila mencadangkan Syarikat Hazwan Event Management milik sendiri sebagai pembekal.
Dia didakwa membekalkan 10 unit kertas A4, 30 unit pen penanda, satu unit radio, satu unit pengukur tekan darah, tiga unit kompas, dua unit penimbang, satu unit trampolin dan 10 unit kertas warna melalui nota minta bernombor K171D/17 yang bernilai RM2,353.66 pada 17 Oktober 2017.
Iklan
Pertuduhan kedua, Hazlina didakwa melakukan perbuatan sama dengan membekalkan lima unit bola sepak dan satu unit bola futsal melalui nota minta bernombor K171C/17 berjumlah RM522.66 kepada Syarikat Hazwan Event Management pada 19 Oktober 2017.
Kedua-dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Iklan
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan itu berserta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan diri kepada mahkamah selain perlu melaporkan diri di pejabat SPRM terdekat dengan tempat tinggal setiap bulan dan dilarang mengganggu saksi kes.
Hazlina tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dkendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohamad Azlan Basri.
Mahkamah menetapkan 27 Jun untuk sebutan semula kes dan mengarahkan tertuduh untuk melantik peguam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>