Nahas lima rentung: Adik mahu tunai hasrat arwah abang jadi guru

Iklan
Ahli keluarga Allahyarham Iqbal Hasnun tidak dapat menahan sebak selepas jenazah pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Melayu Seelong, Senai, pada pagi Sabtu. - Foto Bernama

JOHOR BAHRU - Adik kepada seorang daripada Iqbal Hasnun, 23.

"Abang umpama tonggak keluarga bukan sahaja penyayang namun sering menjadi contoh kepada adik-adiknya.

Iklan
Iklan

"Malah sebelum ini, arwah selalu menyatakan mahu mengajar di sekolah lamanya dan kerap menasihatkan kami sentiasa bertanggungjawab menjaga ibu bapa termasuk mengamalkan bertanya khabar keluarga," katanya ketika ditemui Bernama pada Sabtu.

Katanya, meskipun remuk hatinya kerana terlalu rapat dengan abang sejak dari kecil tetapi Iqbal Hamdi tetap reda dengan pemergian arwah yang disifatkan berperibadi baik dan disenangi ramai.

Iklan

Seorang lagi adik Iqbal Hasnun, Aisya Humaira, 4, sering mengungkapkan bahawa abangnya kini berada di syurga dan kadangkala menangis memanggil nama arwah.

Sebelum itu, jenazah Iqbal Hasnun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Melayu Seelong di sini 7.30 pagi tadi.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira 12.50 tengah malam Rabu itu, lima penuntut USAS yang menaiki kereta Honda City maut apabila kenderaan dinaiki mereka terbakar akibat kemalangan bersama dua treler di KM 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, di Kuala Kangsar, Perak.

Kenderaan itu dipandu Muhammad Nasrun Aidol, manakala Ahmad Naim Najmi duduk di bahagian penumpang hadapan manakala Muhammad Nabil Haikal, Iqbal Hasnun dan Ahmad Akmal duduk di bahagian penumpang belakang. - Bernama