Imej lubang hitam di Bima Sakti didedahkan

Iklan
Gambar yang didedahkan pada Khamis menunjukkan lubang hitam yang dikenali sebagai Sagittarius A* di tengah-tengah galaksi Bima Sakti. - Foto AP

PARIS - Satu pasukan ahli astronomi antarabangsa pada Khamis mendedahkan imej lubang hitam di tengah-tengah galaksi Bima Sakti dikenali sebagai Sagittarius A*.

Lubang hitam ialah kawasan ruang di mana tarikan graviti sangat kuat hingga tiada apa yang boleh terlepas.

Iklan
Iklan

"Selama beberapa dekad lalu, kita telah mengetahui tentang objek padat yang berada di tengah-tengah galaksi kita yang empat juta kali lebih besar daripada matahari," kata seorang ahli astronomi Universiti Harvard, Sara Issaoun pada sidang akhbar di Garching, Jerman.

"Pada masa ini, kami mempunyai bukti langsung bahawa objek ini adalah lubang hitam," ujarnya lagi.

Iklan

Justeru, imej itu ia kelihatan benar-benar gelap tetapi terdapat gas bercahaya yang mengelilingi lubang tersebut.

Ia terletak kira-kira 27,000 tahun cahaya dari bumi.

Iklan

"Pemerhatian yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah meningkatkan pemahaman kita tentang apa yang berlaku di tengah-tengah galaksi kita," kata seorang saintis projek EHT Geoffrey Bower dari Academia Sinica Taiwan dalam satu kenyataan.

Hasil penyelidikan itu diterbitkan dalam The Astrophysical Journal Letters. - Agensi