IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah mengeluarkan arahan penutupan sementara operasi permainan bermotor di Amusement Park, Kinta Riverwalk di sini bagi menjalankan siasatan susulan insiden seorang kanak-kanak terjatuh ke dalam sungai, malam Ahad.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kini siasatan sedang dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat berkaitan kanak-kanak itu yang berjaya diselamatkan hasil tindakan pantas ibu bapanya dan bantuan orang ramai.