13 lokasi panas pendaratan PATI dikenal pasti: PGA

Iklan
Antara PATI yang ditahan Batalion 4 PGA sejak peralihan Fasa Endemik pada 1 April lalu. Gambar kecil: Rizal

SHAH ALAM - Pasukan Gerakan Am (PGA) mengenal pasti 13 lokasi panas pendaratan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Selangor.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, terdapat dua sektor iaitu selatan meliputi Bagan Lalang ke Morib manakala sektor utara meliputi Klang ke Sabak Bernam.

Iklan
Iklan

"Bagi sektor selatan terdapat lima tempat yang dikenal pasti lokasi panas pendaratan PATI iaitu Bagan Lalang, Tanjung Rhu, Tanjung Sepat, Kanchong Laut serta Kampung Tali Air.

"Sektor utara meliputi Sungai Serdang, Sungai Janggut, Pantai Remis, Sungai Yu (Tanjung Karang), Parit 4 (Sekinchan), Sungai Nibong, Sungai Besar dan Sungai Lang (Sabak Bernam)," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Beliau berkata, modus operandi sindiket penyeludupan PATI berdasarkan tangkapan yang dilakukan mendapati menggunakan bot pancung yang boleh menampung 20 hingga 30 orang PATI.

Katanya, selain itu, ada juga sindiket PATI dikesan menggunakan bot nelayan yang menampung 10 hingga 15 PATI pada satu-satu masa.

Iklan

PATI ini kemudian dihantar ke bot menangkap ikan dan menunggu di tengah laut beberapa hari sehingga jumlahnya mencecah lebih 50 orang.

"Seterusnya, bot menangkap ikan ini akan menyusup masuk ke perairan Malaysia ke persisiran pantai.

Kebiasaannya bot akan berhenti di tengah laut, PATI akan terjun dan berjalan ke tebing pantai," ujarnya.

Tambah Rizal, PATI terbabit dipercayai akan membayar ejen sindiket antara RM1,500 hingga RM2,500 setiap seorang.

Mengulas statistik tangkapan sejak peralihan fasa endemik pada 1 April hingga 30 April, seramai 52 PATI ditahan membabitkan 40 lelaki serta 12 wanita.

Tegasnya, mana-mana pihak diingatkan untuk tidak bersekongkol dengan sindiket dan mereka yang terlibat tidak akan terlepas kerana siasatan terperinci dijalankan setiap hari dijalankan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Manusia dan Anti penyeludupan Migran 2007 (Atipsom) serta Akta Imigresen 1959/63.

"Warga tempatan usah jadi pengkhianat negara kerana anda membenarkan negara kita dicerobohi sewenang-wenangnya. Kita tidak tahu siapa mereka sama ada penjenayah atau pengganas," katanya.