Kerajaan sentiasa hargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia: PM

Iklan
Foto: Facebook Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR - Kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pekerja Keluarga Malaysia, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, tema Hari Pekerja tahun ini ‘Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia Dalam Pemulihan Negara’ mencerminkan aspirasi kesepaduan, kesepakatan dan jalinan kerjasama Keluarga Malaysia untuk bersama berganding bahu memulihkan ekonomi negara.

Iklan
Iklan

"Selamat Hari Pekerja saya ucapkan kepada semua warga pekerja yang diyakini akan kekal berdaya tahan dan terus menjadi rakan strategik dalam membangunkan ekonomi negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Ahad. - Bernama