SEREMBAN - Luak Jempol merupakan salah satu daripada Luak Tanah Mengandung meliputi Luak Ulu Muar, Terachi, Gunung Pasir dan Inas.
Ketua pemerintahnya dikenali sebagai Penghulu Luak Jempol bergelar Datuk Lela Putra Setiawan. Datuk Adat Luak Jempol, Datuk Shahbandar Ali Naam berkata, berdasarkan buku tulisan tangan Ujang Dohat, sejarah Kampung Kuala Jempol bermula sewaktu kedatangan Datuk Sepedang bersama sembilan keluarga dari Padang Luas, Sumatera."Tiap-tiap satu keluarga menaiki tongkang atau perahu menyeberangi Selat Melaka dan menyusuri Semenanjung Tanah Melayu sehingga bertemu kuala sungai yang dinamakan sebagai Sungai Muar.
"Kemudian sembilan keluarga itu mudik ke hulu Sungai Muar sampai ke Lubuk Kepong,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, sampai di Lubuk Kepong mereka membuka negeri dan meninggalkan satu keluarga di situ."Datuk Sepedang mudik lagi ke hulu Sungai Muar hingga sampai ke Merbau Seratus atau Pasir Besar dan tinggalkan lagi satu keluarga di Pasir Besar."Kemudian beliau mudik lagi Sungai Muar dan bertemu Kuala Sungai Jelai dan berpecah di situ,” katanya. Menurutnya, baki keluarga yang lain kemudiannya menuju ke Sungai Jelai hingga ke Inas.
"Datuk Sepedang dan pengikut-pengikutnya yang lain pula mudik lagi Sungai Muar dan bertemu Kuala Sungai Jempol."Sampai di sana, Datuk Sepedang mengarahkan pengikut-pengikutnya melihat keadaan tanah Sungai Muar dan Sungai Jempol,” katanya.
Menurutnya, Datuk Sepedang mendapati keadaan tempat kiri kanan Sungai Muar dan Sungai Jempol rata serta cantik kerana tiada bukit.
Jempol bermaksud cantik

Peta Luak Jempol