'Tak tahu sampai bila mampu bertahan'
Iklan
Noor Izatushima menunjukkan salah satu retak di dinding kediamannya.
PASIR GUDANG - Resah, takut dan tidak selesa. Itu dialami dua keluarga di Kampung Plentong Baru, di sini, selepas kediaman hampir dimusnahkan ribut, bulan lalu.
Lebih malang, dua keluarga yang menghuni rumah pusaka peninggalan berada di ambang kemusnahan jika tidak dibaiki dengan segera apabila 60 peratus peratus daripada struktur hampir runtuh.
Iklan
Iklan
Pemilik, Noor Izatushima Noor Zaini, 38, berkata, sejak kejadian ribut pada 17 Februari lalu, keluarganya tidak senang duduk dan resah kerana bimbang rumah didiami mereka itu mungkin runtuh secara tiba-tiba.
"Beberapa atap diterbangkan, sekarang siling rumah sehingga ke dapur sudah roboh, ditambah lagi dinding rumah retak seribu. Memang saya bimbang sangat, tidak tahu berapa lama boleh bertahan.
Iklan
"Dalam rumah ini ada dua keluarga, saya dan keluarga adik saya, kami malam sampai tidak tidur takut ada ribut lagi, memang kami tidak sempat nak keluar, nak berpindah kami mahu ke mana lagi?,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, hari ini.
Noor Izatushima berkata, masalah kewangan yang dialami membataskan mereka membaiki rumah tersebut.
Iklan
"Saya dan suami hanya bekerja sebagai penjual nasi lemak di sebelah pagi, pendapatan kami hanyalah RM30 bersih, kadang-kadang kurang tengok cuaca."Manakala adik saya, tidak boleh bekerja dah selepas menghidap penyakit buah pinggang dan mempunyai usus plastik sejak empat tahun lalu, kami tidak berdaya untuk mencari jalan lain membaiki rumah ini,” katanya.
Ditanya adakah kedua-dua mereka sudah membuat permohonan bantuan kepada pihak kerajaan berhubung isu itu, dia memberitahu, pihaknya sudah beberapa kali berulang ke pejabat parlimennya, namun masih tiada berita baik yang diterima.
"Saya ini dah puas ulang-alik ke pejabat wakil rakyat (Parlimen Pasir Gudang) dan (Dun Permas), malah perkara ini juga saya ajukan kepada Parlimen Tebrau. Sehingga sekarang tiada makluman dan tindakan susulan dilakukan.
"Sedih sebenarnya nak beritahu, saya dan keluarga hutang dengan orang sini sudah tidak boleh kira, belum cakap bil api dan air yang tertunggak, kami memang tidak mampu, ini kan pula nak baiki rumah.
"Rumah ini adalah tinggalan keluarga kami, pusaka, sayang sangat mahu tinggalkan macam ini, jadi sebab itu kami rasa hanya ihsan kerajaan sahaja yang mampu selesaikan, sebab kosnya bukan kecil,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang atau memberikan bantuan boleh menghubungi Noor Izatushima di talian 0137172964.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sumber air terhad, bomba berdepan cabaran padam kebakaran paya gambut"><meta itemprop="description" content="Tiupan angin kencang, cuaca panas dan sumber air yang terhad menjadi cabaran utama anggota bomba memadam kebakaran hutan paya gambut seluas 51.4 hektar di Jalan Bypass Sebana Cove-Punggai, Pengerang, Kota Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Baharuddin Idris berkata, keadaan cuaca kering dan angin kencang ketika ini menyebabkan api berisiko merebak dengan lebih pantas selain menyukarkan operasi pemadaman di kawasan hutan dan paya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793437/edisi/johor/sumber-air-terhad-bomba-berdepan-cabaran-padam-kebakaran-paya-gambut
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Bomba #Kebakaran #PayaGambut"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-25T08:14:23.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/dj4GQ1gZKxlN776IX/x1080"><meta itemprop="duration" content="P90S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb0ldlm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb0ldlm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb0ldlm"></script>