PH mahu mesyuarat khas kedua RUU Anti Lompat Parti diumum Isnin

Iklan
Pakatan Harapan

SHAH ALAM - Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mendesak tarikh mesyuarat khas kedua berhubung Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti ditetapkan dan diumum di Parlimen Isnin ini.

Dalam satu kenyataan bersama membabitkan pemimpin empat parti dalam PH, mereka menggesa agar menteri yang bertanggungjawab membentang pindaan perlembagaan pada Isnin menyatakan dengan jelas di Parlimen apakah prinsip-prinsip asas RUU Anti Lompat Parti yang bakal dibentang dan diluluskan dalam mesyuarat khas kedua nanti.

Iklan
Iklan

"PH percaya dengan meluluskan pindaan perlembagaan dan RUU Anti Lompat Parti, kepercayaan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi berparlimen akan dapat mula dipulihkan," kata mereka pada Jumaat.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Iklan

Mengulas lanjut, PH turut mengulangi pendiriannya sebelum ini bahawa meluluskan RUU Anti Lompat Parti di Parlimen merupakan antara syarat utama di dalam Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani bersama kerajaan.

"Amatlah jelas bahawa PH tidak akan berkompromi dalam perkara ini," tegasnya.

Iklan

Mereka menambah, draf RUU Anti Lompat Parti juga perlu disegerakan dan perkara itu telah ditegaskan Jawatankuasa Pemandu MoU yang telah bermesyuarat pada Khamis.