Pembentangan RUU Anti Lompat Parti ditangguhkan lagi: Wan Junaidi

Wan Junaidi
Wan Junaidi
A
A
A

SHAH ALAM - Kabinet tidak bersetuju dengan pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti yang sepatutnya dibentangkan di Dewan Rakyat Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Rabu.

Jelasnya, RUU berkenaan tidak akan dibentangkan pada sidang khas akan datang sebaliknya akan dihantar semula untuk kajian lanjut mengenai definisi ‘lompat parti’.

“Ya, ia telah ditangguhkan," katanya memetik laporan The Star pada Rabu.

Wan Junaidi bagaimanapun berkata, sidang khas Dewan Rakyat akan diteruskan dengan pembentangan pindaan Perlembagaan bagi memudahkan RUU Anti Lompat itu dibentangkan kelak.

Pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Keputusan itu bermakna RUU akan ditangguhkan buat kali kedua.

Ia pertama kali dijadualkan dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada 24 Mac lalu, hari terakhir sidang pertama Dewan Rakyat tahun ini.

Artikel Berkaitan: