Selangor haram import plastik dalam tempoh 3-5 tahun
Iklan
Hee Loy Sian
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan mengharamkan semua import sisa plastik di negeri ini dalam tempoh tiga hingga ke lima tahun akan datang.
Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Hee Loy Sian berkata, tempoh masa tersebut bersesuaian bagi memberikan sedikit masa kepada pengusaha-pengusaha kilang import plastik yang beroperasi secara sah di negeri ini.
Iklan
Iklan
"Bagi mereka (pengusaha molang sah)sedikit masa. Saya rasa kalau hanya untuk gantung sisa plastik, ia tak cukup untuk jalankan aktiviti harian mereka.
[ARTIKEL BERKAITAN: Selangor hanya import sisa plastik bersih, berkualiti]
Iklan
"Mereka terpaksa import, sebab itu saya bersetuju kita kena beranaur-ansur haramkan sisa plastik ini,”katanya.
Loy Sian berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Pas-Sijangkang) mengenai dasar Kerajaan Selangor berhubung import sisa plastik di negeri ini.
Iklan
Mengulas lanjut, Loy Sian yang juga merupakan Adun Kajang memaklumkan bahawa sebagai kerajaan negeri yang adil, isu melibatkan sisa plastik ini perlu dilihat secara menyeluruh bagi memberi keadilan buat semua pihak.
"Kita setuju sisa plastik ini perlu dikawal di mana hanya kilang-kilang yang sah sahaja dibenarkan untuk import.
"Kerajaan Selangor turut menetapkan levi yang lebih tinggi bagi menunjukkan kita tidak menggalakkan import sisa plastik di negeri ini,” katanya.
Dalam pada itu, Loy Sian memaklumkan bahawa selepas PH mengambilalih pentadbiran kerajaan pusat, Kerajan Selangor dimaklumkan bahawa keadaan sisa plastik di Kuala Langat, Klang dan Ijok berada dalam keadaan tidak terkawal.
Namun begitu beliau berkata permasalahan itu dapat diatasi selepas beberapa tindakan diambil oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap pihak bertanggungjawab
"Selepas itu keadaan terkawal dan saya harap agar kita dapat berlaku adil kepada semua pihak khususnya pengusaha kilang sedia ada yang beroperasi secara sah,”katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>