Agong zahirkan takziah, simpati kepada keluarga Haziq
Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengaminkan doa yang disampaikan Imam Masjid Abdullah Az-Zubair Pangkalan Udara Kuala Lumpur Mej Mohamad Muntaha Saleh selepas menunaikan Solat Jumaat dan Solat Jenazah Ghaib di masjid tersebut hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, remaja Malaysia yang terkorban dalam insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas.
Baginda turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya menghormati perasaan serta memberikan sokongan kepada keluarga mangsa yang maut dan juga cedera dalam mengharungi ujian itu.
Iklan
Iklan
"Seri Paduka juga mengingatkan rakyat Malaysia supaya menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan dan hasutan berunsur kebencian yang disebarkan melalui pihak-pihak tidak bertanggungjawab, termasuk menggunakan alasan kebencian terhadap ajaran Islam dan penganutnya.
ARTIKEL BERKAITAN: 'Hidung, bibir Haziq merah seperti masih hidup'
Iklan
"Tiada agama yang mendorong penganutnya untuk mengamalkan sebarang bentuk keganasan terhadap individu yang lain," menurut kenyataan Istana Negara yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin.
Yang di-Pertuan Agong juga menzahirkan penghargaan kepada Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah di atas perhatiannya dalam mengendalikan insiden itu, termasuk dengan menghantar pegawai kanan daripada kementerian dan juga pegawai Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington untuk berada di Christchurch bagi menghulurkan bantuan yang sewajarnya.
Iklan
Baginda turut merakamkan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang turut ke Christchurch bagi memberi sokongan dan bantuan.
"Penghargaan juga kepada kerajaan New Zealand atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan kepada para mangsa yang terlibat termasuk daripada segi mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan,” menurut baginda.
Muhammad Haziq ialah antara 50 orang yang terbunuh dalam tembakan rambang pada 15 Mac yang dilakukan seorang lelaki pengikut ideologi ketuanan bangsa kulit putih di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood di Christchurch.
Bapa Mohd Haziq, Mohd Tarmizi Shuib, 42, dan dua lagi rakyat Malaysia, Muhammad Nazril Hisham Omar, 46, dan Rahimi Ahmad, 39, turut cedera dalam serangan itu. - Bernama
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT