'Hidung, bibir Haziq merah seperti masih hidup'

No Image Caption
A
A
A

CHRISTCHURCH - NEW ZEALAND. “Saya menjadi saksi wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi. Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaALLAH.”

Demikian cerita seorang lelaki menggunakan nama Putera Sriwijaya dalam laman Facebooknya, menceritakan detik pengebumian rakyat Malaysia, Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang terkorban dalam tragedi berdarah di Masjid Al Noor, Christchurch, New Zealand.

Menurut lelaki tersebut, dia bersyukur kerana berpeluang mengusung keranda dan menurunkan jenazah remaja tersebut ke dalam liang lahad.

Gambar yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Putera Sriwijaya di laman sosial Facebook miliknya.
Gambar yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Putera Sriwijaya di laman sosial Facebook miliknya.



Turut dikongsikan gambar majlis kenduri tahlil kecil-kecilan untuk mangsa korban Christchurch. - Foto Facebook Putera Sriwijaya
Turut dikongsikan gambar majlis kenduri tahlil kecil-kecilan untuk mangsa korban Christchurch. - Foto Facebook Putera Sriwijaya

“Jenazah adik Haziq telah selamat disolatkan dan dikebumikan lebih kurang sejam yang lepas. Alhamdulillah berpeluang mengusung keranda dan menurunkan jenazah syuhada ke dalam liang lahad.

“Saya menjadi saksi wajah jenazah sangat bersih seperti tidur sahaja walaupun sudah seminggu pergi. Hidung dan bibir merah seperti masih hidup. MasyaALLAH.

“Barangkali ada amalan arwah ketika hidupnya sehingga terpilih untuk mati dalam keadaan husnul khotimah,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Putera Sriwijaya turut berkongsi sekeping gambar namun memberitahu dia tidak mengambilnya berdekatan tempat pengebumian bagi menghormati keluarga Mohd Tarmizi Mohd Shuib.

Ribuan hadir Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurhdi mana lokasi Muhammad Haziq turut dikebumikan. - Foto Facebook Putera Sriwijaya
Ribuan hadir Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurhdi mana lokasi Muhammad Haziq turut dikebumikan. - Foto Facebook Putera Sriwijaya



Dalam pada itu, status lelaki tersebut sebelum itu menyatakan ribuan orang hadir ke Memorial Park Cemetery, Christchurch untuk solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terlibat.

“Rakyat tempatan bukan Islam juga hadir dan ada sebahagian turut serta dalam barisan solat jenazah. Pengebumian dibuat secara berperingkat memandangkan terlalu ramai mangsa dan tidak ramai sukarelawan berpengalaman dalam menguruskan jenazah serta kekurangan kelengkapan.

“Jenazah Allahyarham Daud Nabi (Hello brother) dari Afghanistan juga selamat dikebumikan sebentar tadi. Kematian yang dicemburui,” tulisnya.

Jenazah Muhammad Haziq selamat dikebumikan di Memorial Park Cemetery Bromley di Linwood, Christchurh selepas Zuhur waktu tempatan, hari ini.

Memetik laporan Astro Awani, bapa arwah, Mohd Tarmizi Shuib, 42, yang cedera dalam kejadian serangan pengganas sebelum ini turut hadir mengiringi jenazah anak lelakinya.

Ibu dan kakak Allahyarham Muhammad Haziq dilaporkan telah membuat keputusan untuk tidak berada di tempat pengebumian, sebaliknya hanya berada di rumah kerana ingin bersendirian dan memilih untuk menziarahi pusara anaknya kelak.