Liverpool pintas Manchester City
Iklan
LIVERPOOL memintas pendahulu Manchester City selepas melakar kemenangan 2-0 ke atas Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Anfield pada Sabtu.
Dua gol setiap babak Diogo Jota pada minit ke-22' diikuti penyudah sepakan penalti jaringan Fabinho pada minit ke-89 membolehkan anak buah Jurgen Klopp mengambil alih sementara terajui liga dengan kelebihan dua mata mengatasi kelab pimpinan Pep Guardiola yang kurang satu perlawanan.