Aliran trafik di ibu kota, lebuh raya utama meningkat

Iklan
Peningkatan kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan. - Foto: Bernama

SHAH ALAM - Aliran trafik di laluan keluar dari ibu kota dan beberapa lokasi lebuh raya utama di negara ini mencatatkan peningkatan kenderaan susulan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Ramadan.

Menurut Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), antara kawasan terlibat ialah di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) dan Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS).

Iklan
Iklan

"Setakat jam 5.38 petang, trafik perlahan di NKVE di lokasi sebelum masuk Plaza Tol Jalan Duta.

"Sementara itu, sehingga jam 5.39 petang, di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) juga dilaporkan trafik perlahan melibatkan kedua-dua arah.

Iklan

"Arah utara melibatkan persimpangan Pandan ke Setia Tropika dan Plaza Tol Skudai ke Senai Utara.

"Bagi arah selatan pula membabitkan Southville City ke Rehat dan Rawat (RNR) Seremban, Sedenak ke Kulai dan Plaza Tol Kempas ke Datuk Onn,” kata LLM menerusi hantaran dalam Facebooknya pada Sabtu.

Iklan

Katanya, bagi Plaza Tol Gombak, aliran trafik dilaporkan dalam keadaan normal tanpa sebarang kesesakan.

Pada Jumaat, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad.

Syed Danial berkata, penetapan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia itu telah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.