Rancangan perbelanjaan RM30 bilion masih diperhalusi

Iklan
Amirudin Shari - Foto Bernama

SHAH ALAM - Rancangan perbelanjaan modal berjumlah RM30 bilion masih diperhalusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi membolehkan Air Selangor menguruskan bekalan air di negeri ini, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Rancangan untuk tempoh 30 tahun yang dijangka bermula 1 April depan itu berdasarkan cadangan yang dikemukakan di dalam Draf Rancangan Perniagaan Pengurusan Air Selangor kepada SPAN.

Iklan
Iklan

Menteri Besarnya, Amirudin Shari menjelaskan, Air Selangor akan diberi tempoh sehingga empat bulan setelah tarikh berkuat kuasa lesen perkhidmatan untuk menyiapkan Rancangan Perniagaan bagi kelulusan SPAN.

"Arahan ini mengikut ketetapan yang dipersetujui melalui Perjanjian Tambahan Ketiga bagi Penstrukturan Air di Selangor yang ditandatangani pada 4 Januari 2019 tempoh hari.

Iklan

"Kerajaan negeri menjamin rancangan perniagaan tersebut mengambil kira pelbagai aspek, bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan bekalan ari pada hari ini.

"Ia haruslah mampan dan di dalam memastikan setiap pelaburan yang dibuat itu, menjana hasil seperti yang dikehendaki,” katanya ketika menjawab soalan Lau Weng San (DAP-Banting) yang bertanyakan ringkasan rancangan perbelanjaan modal bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan air.

Iklan

Amirudin (PKR-Sungai Tua) menjelaskan, rancangan perbelanjaan modal tersebut mengambil kira keperluan untuk memastikan kemampuan perkhidmatan air itu sendiri dengan pembinaan loji baru.

"Selain itu, baik pulih loji sedia ada, peningkatan rizab margin, penambahbaikan keandalan dan ketahanan aset, meningkatkan kecekapan operasi, pematuhan kualiti air dan menambah baik mutu khidmat pelanggan.

"Penurunan kadar Air Tidak Berhasil juga diambil kira dengan penggantian paip lama dan paip komunikasi termasuk penggunaan teknologi terkini.

"Sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab, Air Selangor turut komited di dalam mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan mesra alam,” katanya.