Polis lerai pergaduhan di luar pub

Iklan
Tangkap layar rakaman video menunjukkan anggota polis meleraikan pergaduhan kumpulan lelaki berhampiran sebuah pub di Jalan Telawi 5, Bangsar, Kuala Lumpur, yang tular di media sosial sejak Ahad

KUALA LUMPUR - Polis meleraikan pergaduhan dua kumpulan yang dipercayai mabuk di luar sebuah pusat hiburan di Jalan Telawi 5, Bangsar, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kejadian yang tular pada Ahad itu menunjukkan satu video kekecohan membabitkan beberapa lelaki sedang ditahan anggota polis.

Iklan
Iklan

"Dalam video tersebut menunjukkan kekecohan semasa anggota dari Balai Polis Pantai sedang meleraikan pergaduhan mulut antara dua kumpulan pelanggan di luar pub terbabit.

"Kumpulan lelaki itu yang dipercayai mabuk lalu bergaduh mulut sesama sendiri sehingga menyebabkan pihak polis terpaksa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Amihizam berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat dalam kejadian itu dan pihaknya telah memberi amaran keras kepada semua individu terlibat.

Katanya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang.

Iklan

"Sebarang maklumat mengenai kes jenayah di daerah ini boleh dilaporkan dengan menghubungi Hotline Polis Brickfields di talian 03- 22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.