[VIDEO] Beku akaun suami: Pindaan akta perlu dilaksana
Iklan
Dr Mujahid
SHAH ALAM - Pindaan di Parlimen perlu dilakukan supaya akta bawah Kementerian Kewangan mengiktiraf keputusan mahkamah syariah terlebih dahulu bagi melaksanakan tindakan pembekuan akaun suami yang culas membayar nafkah isteri seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, setakat ini keputusan mahkamah syariah di bawah akta Kementerian Kewangan tidak tersenarai sebagai keputusan yang terikat di bawah akta.
Iklan
Iklan
"Keputusan mahkamah syariah seolah tidak diiktiraf bagi tindakan kuat kuasa dan ini sangat menyedihkan kerana ia menjejaskan hak para isteri yang diceraikan tanpa pembelaan terhadap keperluan nafkah mereka. Semua kes cerai melibatkan umat Islam ditentukan keputusan penghakimannya oleh mahkamah syariah di seluruh negara.
"Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) bawah Menteri Agama telah dipertanggungjawabkan untuk berunding dan menyelaras dengan bahagian undang-undang Bank Negara dan Kementerian Kewangan supaya dibuat pindaan bawah Kementerian Kewangan.
Iklan
"Inisiatif ini bagi menjaminkan keputusan mahkamah syariah diiktiraf secara berakta untuk tindakan membekukan akaun suami yang gagal memenuhi nafkah yang diputuskan oleh mahkamah syariah," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru, Ahli Parlimen Parit Buntar itu berharap, Ismail Sabri memberi komitmen untuk membuat pindaan di Parlimen supaya akta bawah Kementerian Kewangan mengiktiraf keputusan mahkamah syariah terlebih dahulu.
Iklan
"Tanpa pindaan saya anggap PM hanya beretorik semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) untuk sokongan politik. Beliau hanya perlu rujuk kepada JKSM yang telah pun memulakan usaha ini semasa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin diperkenalkan pada tahun 2018 sebagai salah satu inisiatif memartabatkan mahkamah syariah semasa saya diamanahkan bawah kerajaan PH," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>