[VIDEO] 'Saya dididik untuk tidak bercakap bohong' - Hamid Bador

Iklan
Abdul Hamid Bador

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan bahawa beliau tidak pernah berbohong, sebaliknya sentiasa diajar untuk bercakap benar berkaitan wujudnya kartel dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Bercakap kepada Sinar Harian dalam respon kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri 2, Datuk Jonathan Yasin yang memintanya untuk melaporkan dan menyerahkan bukti terhadap isu kartel tersebut Hamid menegaskan;

Iklan
Iklan

"Cukup senang bagi seseorang bila bercakap dalam Parlimen. Malangnya timbalan menteri ini tidak tepat dalam hujahnya.

"Saya bukan jenis baling batu sembunyi tangan atau jenis yang marahkan nyamuk hangus kelambu dibakar atau seorang yang melutut mengemis sokongan untuk disambung perkhidmatan.

Iklan

"Saya amat sayangkan PDRM. Saya dididik untuk bercakap benar. Berdosa kita kalau 'buyuk-buyuk baa' (bahasa Sabah bermaksud tipu). Saya harap YB (Yang Berhormat) dapat buka mata dan pasang telinga untuk memahami isu ini,” katanya pada Rabu.

Pada Selasa, Jonathan meminta Abdul Hamid untuk melaporkan dan menyerahkan bukti yang beliau miliki kepada pihak berkuasa susulan dakwaannya mengatakan wujudnya kartel dalam PDRM.

Iklan

Menurut Jonathan, pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.

Bahkan, beliau juga meminta Abdul Hamid mendedahkan semua nama individu yang didakwa terlibat dalam kartel tersebut.

Sinar Harian dalam laporan muka depannya Mac tahun lalu melaporkan pendedahan Hamid tentang wujudnya gerakan dalaman daripada kalangan pegawai muda dalam PDRM yang bercita-cita untuk menjatuhkan beliau.

Menurutnya, gerakan tersebut juga merupakan kumpulan sama yang mendalangi kartel dalam PDRM yang berhasrat mendominasi pasukan keselamatan negara demi kepentingan mereka.