Kontrak 5G diperoleh daripada DNB atas merit: Ericsson
Iklan
KUALA LUMPUR - Ericsson menegaskan bahawa kontrak 5G dengan Digital Nasional Bhd (DNB) diperoleh secara adil, berdasarkan penyelesaian utama dan kompetitif.
Iklan
Iklan
Syarikat gergasi telekomunikasi multinasional dari Sweden itu berkata, pihaknya komited untuk memastikan rangkaian DNB menjadi wadah yang terbaik bahawa 5G dapat dilaksanakan di rantau ini.
Kontrak 5G, menurut DNB pada Julai 2021, telah diberikan mengikut standard tadbir urus yang paling ketat berdasarkan nasihat EY Consulting, menurut Ericsson dalam kenyataanpada Jumaat..
Iklan
DNB menyatakan tawaran Ericsson dinilai sebagai yang paling kompetitif berikutan mendapat penilaian tertinggi dalam ketiga-tiga komponen utama untuk kriteria penilaian tender.
Ia termasuk tiga komponen, termasuk aspek teknikal merangkumi seluruh keupayaan teknologi 5G; keupayaan penggunaan 5G; pendekatan integrasi; keselamatan siber dan rangkaian serta operasi dan penyelenggaraan.
Iklan
Kedua ialah komersial yang meliputi cadangan pembiayaan dan jumlah kos pemilikan serta ketiga, komponen sosioekonomi yang meliputi pembangunan tempatan dan impak sosioekonomi yang positif.
Ericsson berkata, pihaknya komited untuk menjalankan perniagaan dengan integriti dan menafikan sebarang dakwaan bahawa kontrak dengan DNB diraih atas alasan lain selain daripada merit, berdasarkan kriteria yang dinyatakan di atas.
Kenyataan itu dibuat sehari selepas Ahli Parlimen PH Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kerjasama antara DNB dan Ericsson, menyatakan bahawa berdasarkan laporan berita, syarikat telekomunikasi itu didakwa melanggar pakatan dan mempunyai isu pematuhan dalam perjanjian di Iraq pada 2019.
Beliau berkata, dalam laporan itu, Ericsson didakwa oleh Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) melanggar syarat perjanjian pada 2019 dengan pendakwa raya dengan gagal mendedahkan salah laku dan kegagalan pematuhan di Iraq.
Ericsson berkata, pihaknya akan memberikan pengalaman 5G bertaraf dunia melalui kerjasama dengan DNB, membawa kesalinghubungan yang cepat dan dipercayai kepada orang ramai dan perniagaan, yang akan mempercepatkan transformasi digital negara dan membolehkan Malaysia menerima pakai Industri 4.0.
Ericsson berkata, syarikat telah dinamakan sebagai Leader in the 2022 Gartner Magic Quadrant untuk laporan 5G Network Infrastructure for Communications Service Providers, untuk tahun kedua berturut-turut dan berada pada kedudukan tertinggi bagi Keupayaannya untuk Melaksanakan.
Vendor infrastruktur rangkaian 5G yang menyeluruh dinilai mengenai cara mereka menjayakan prestasi penyedia IT menjadi kompetitif, cekap dan berkesan serta memberi impak positif kepada pendapatan, pengekalan dan reputasi dalam pandangan Gartner terhadap pasaran.
Penilaian Keupayaan untuk Melaksanakan termasuk produk dan perkhidmatan Ericsson, operasi, pelaksanaan jualan dan harga, responsif pasaran dan rekod prestasi, pelaksanaan pemasaran, pengalaman pelanggan dan daya maju secara keseluruhan, menurut syarikat telekomunikasi itu.
Itu merupakan elemen yang dinyatakan oleh Ericsson menyumbang kepada pemberian kontrak oleh DNB untuk menyediakan rangkaian 5G di seluruh Malaysia.
Ini adalah bukti kepada keupayaan dan kerjasama kukuh pasukan Ericsson dan DNB atas alasan bahawa 5G telah dilancarkan di Malaysia dalam tempoh kurang daripada enam bulan kontrak itu diberikan.Dengan pelancaran yang dilaksanakan pada kadar yang cepat, 5G kini boleh didapati di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur, menurut Ericsson. - Bernama
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.