PASUKAN hoki ais lelaki negara memulakan kempen Kejuaraan Dunia Persekutuan Hoki Ais Antarabangsa (IIHF) 2022 Bahagian IV di Bishkek, Kyrgyzstan dengan penuh bergaya selepas membenam Kuwait 5-2 pada Khamis.
Malaysia yang membuat penampilan sulung dalam kejohanan itu terlebih dahulu dikejutkan dalam perlawanan pembukaan selepas Kuwait mendahului babak pertama perlawanan hasil jaringan Salem Alajmi seawal minit ke-4.