Banjir: Ahli Parlimen Rantau Panjang mohon maaf
Iklan
Siti Zailah
RANTAU PANJANG - Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusof secara terbuka memohon maaf kepada rakyat kawasan itu yang terkesan dan gagal diberikan bantuan awal sewaktu banjir luar jangka yang berlaku beberapa hari lalu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengakui berlaku kekalutan sehingga ramai mangsa banjir terpaksa berlindung di kawasan bukan pusat pemindahan sementara (PPS) termasuk atas bukit dan pasar disebabkan laluan terputus selain PPS terlalu padat.
Iklan
Iklan
Pada masa sama, katanya banyak laluan tidak boleh dimasuki kenderaan pacuan empat roda menyebabkan bekalan makanan lewat sampai sehingga ada mangsa banjir kelaparan.
"Pertama kali bagi pihak saya sebagai Ahli Parlimen memohon maaf kerana (banjir berlaku) luar jangka, saya memahami kerana air naik mendadak.
Iklan
"PPS dibuka jam 2 pagi, lewat malam kita tidak ada maklumat awal, (selain itu ada masalah) lambat sarapan.
"PPS pula cuba nak hantar makanan (tapi) jalan terputus tak boleh dilalui pacuan empat roda, (kecuali) lori empat tan saja.
Iklan
"Persiapan tak sempat menyebabkan kelewatan (bantuan). Kebiasaan banjir di satu tempat (tapi) apabila berlaku sangat mendadak, luar biasa sampai 2,000 (mangsa) apa nak jadi (masalah berlaku)," katanya.
Mengulas lanjut, Siti Zailah memaklumkan banjir di Rantau Panjang kali ini luar jangka dan teruk sehingga mengatasi banjir buruk pada 2014.
"Banyak laluan terputus, depoh makanan tenggelam, penyedia makanan tidak dapat menghantar makanan, mangsa banjir terpaksa bersesak di PPS, ada yang tidur di atas bukit dan sebagainya," katanya.
Katanya, pihaknya bersama agensi kerajaan yang lain berusaha membantu untuk membawa keluar dan menghantar makanan kepada mangsa banjir namun ia terhalang.
Bagaimanapun katanya sejak Isnin, pelbagai bantuan mulai tiba dan mangsa banjir yang terperangkap berjaya dibawa keluar.
"Situasi banjir pada malam ini (tadi) semakin pulih dengan kebanyakan laluan masuk ke Rantau Panjang sudah boleh dilalui," katanya lagi. - Awani
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>