Ukraine putus hubungan diplomatik dengan Rusia

Iklan
Zelenskyy menggesa rakyat Ukraine supaya bertenang dan menyokong angkatan tentera mereka dalam menghadapi serangan Rusia. - Foto Agensi

KIEV - Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy pada Khamis memutuskan hubungan diplomatik dengan Moscow sebagai respons terhadap kempen pencerobohan yang dilancarkan mereka ke atas negara itu.

Ia menandakan perpecahan pertama sejak kejatuhan era Kesatuan Soviet pada 1991.

Iklan
Iklan

"Kami mengambil keputusan tegas ini," ujar Zelenskyy menerusi satu mesej video beberapa jam selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin melancarkan kempen serangan dari udara dan darat di kawasan sempadan selatan serta utara negara bekas Kesatuan Soviet tersebut.

Difahamkan, Moscow dan Kiev cuba mengekalkan hubungan yang kompleks selepas revolusi pro-Barat pada 2004 dan Crimea dirampas Kremlin pada 2014.

Iklan
Iklan

Menurut penganalisis, Ukraine berusaha untuk memastikan saluran diplomatik bersama Rusia sentiasa terbuka kerana ia perlu menyediakan bantuan konsular dan hal berkaitan lain kepada hampir tiga juta warga negara tersebut yang menetap di Moscow. - AFP