Aplikasi Adil bagi pemilihan PKR 2022 bakal dilancar masa terdekat

Iklan
Aplikasi Adil masih dalam tempoh percubaan dan JPP akan mengumumkan secara rasmi semasa ia benar-benar dapat digunakan sepenuhnya. - Foto hiasan

SHAH ALAM - Pembangunan Aplikasi Adil yang bakal digunakan dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022 kini dalam peringkat akhir pembangunannya dan bakal dilancarkan dalam masa yang terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa, berkata, aplikasi tersebut sudah boleh dimuat turun dalam Google Play Store dari telefon operasi Android dan sedang menanti kelulusan dari Apple App Store untuk telefon yang menggunakan operasi iOS.

Iklan
Iklan

Jelasnya, aplikasi Adil masih dalam tempoh percubaan dan JPP akan mengumumkan secara rasmi semasa ia benar-benar dapat digunakan sepenuhnya.

"Pada awalnya, ia mempunyai dual fungsi iaitu kemas kini data keanggotaan yang sekali gus akan menjadi daftar pemilih dan bagi anggota menyatakan persetujuan untuk mendaftar sebagai pengundi dalam talian.

Iklan

"Jika tidak anggota secara automatik akan merupakan anggota yang boleh hadir secara fizikal di lokasi-lokasi pengundian yang akan ditetapkan oleh JPP kelak,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, JPP benar-benar menggalakkan dan menyeru seramai mungkin anggota-anggota parti mendaftarkan diri sebagai Pemilih Atas Talian (PAT) kerana ini akan lebih memudahkan urusan pemilihan khususnya di musim jangkitan pandemik Covid-19.

Iklan

Menurut beliau, kemas kini yang dibenarkan dari aplikasi tersebut adalah terhad hanya kepada beberapa maklumat asas iaitu nombor telefon, alamat e-mail dan juga alamat tempat tinggal.

"Pemilih harus benar-benar pasti untuk meletakkan satu sahaja nombor telefon yang bakal digunakan kelak dalam proses pemilihan dalam talian yang dijangkakan akan dilaksanakan pada pertengahan Mei 2022,” ujarnya.