Imej letusan solar besar matahari dirakam

Iklan
Letusan solar matahari dirakamkan pada matahari pada 15 Februari lalu. - Foto ESA

WASHINGTON - Sebuah kapal angkasa berjaya merakamkan imej letusan solar yang besar pada matahari baru- baru ini.

Ia dirakamkan menerusi kapal angkasa yang merakamkan imej matahari yang dicipta hasil kerjasama Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) serta Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA).

Iklan
Iklan

Menurut ESA, ia merupakan letusan solar terbesar yang pernah dilihat menerusi satu imej tunggal di matahari.

Letusan solar itu berlaku pada 15 Februari lalu tetapi hanya didedahkan kepada umum baru- baru ini.

Iklan

Kapal angkasa itu memang direka untuk merakamkan imej matahari menerusi kamera khasnya.

Menurut ESA, letusan solar itu tidak menghantar partikel-partikel yang berbahaya ke arah bumi. - Agensi

Iklan