BANGKOK - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh kerjasama dua hala pasca Covid-19.
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata, Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha dan Ismail Sabri akan mengadakan mesyuarat dua hala di Rumah Kerajaan pada Jumaat.