Bekas pengarah ditahan SPRM kerana terima rasuah

Iklan

MELAKA - Bekas pengarah agensi kerajaan ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengambil rasuah bagi meluluskan tender penyelenggaraan dan pembekalan bernilai RM31,629.

Individu berusia 55 tahun ditahan di Pejabat SPRM Melaka pada jam 4.55 petang di sini, pada Khamis.

Iklan
Iklan

Suspek yang masih berkhidmat dipercayai menerima wang rasuah ketika berkhidmat sebagai pengarah di sebuah agensi awam di negeri ini antara 2017 hingga 2019 apabila meluluskan tender penyelenggaraan dan pembekalan bernilai RM31,629.

Difahamkan suspek menerima sebahagian daripada nilai tersebut atas tujuan peribadi.

Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Tuan Mohd Shahril Che Saad yang dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dihadapkan di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh di Melaka pada Jumaat untuk menjalani pertuduhan," katanya.

Iklan