Kad Sihat Johor belum wujud?
Iklan
4b88
JOHOR BAHRU - Pelaksanaan program Kad Sihat Johor yang diumumkan Kerajaan Negeri telah pun bermula dan diibaratkan seperti melepaskan batuk di tangga.
Adun Layang-Layang (BN), Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, ia berikutan pelaksanaan inisiatif yang juga manifesto PH negeri itu dilihat tidak mempunyai butiran jelas serta tiada mekanisme menunjukkan ia telah dilakukan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, persoalan itu timbul selepas dirinya yang mahu menyemak laman sesawang permohonan kad itu tetapi mendapati yang ia masih belum wujud.
"Semalam Datuk Hasni (Mohammad) ada bertanya berapa jumlah capaian untuk laman sesawang Kad Sihat Johor ini. Jadi saya sendiri periksa dan hasilnya laman web itu tiada, tidak wujud.
Iklan
"Ketika ditanya semalam, Exco maklumkan pihaknya masih belum menyemak perkara itu dengan betul. Macam mana dia kata sudah periksa laman web itu, sebagai Exco dia kena profesional,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selesai memberi ucapan perbahasan pada Persidangan Dewan Negeri Johor ke-14, di sini, hari ini.
Iklan
Onn berkata, melihat kepada situasi itu, Kerajaan Negeri sepatutnya tidak boleh lagi mengumumkan mereka telah melaksanakan semua manifesto yang dijanjikan.
Dalam masa sama, beliau turut meminta Kerajaan Negeri memberi penjelasan mengenai kesahihan peruntukan yang ditetapkan bagi pelaksanaan inisiatif itu di negeri ini.
"Saya ingin bertanya kesahihan peruntukan yang diberi...betul ke ia berjumlah RM150,000 untuk satu negeri kerana jika dibahagikan kepada 10 daerah, setiap daerah hanya akan mendapat RM15,000.
"Dan jika itu jumlahnya, setiap Dun hanya ada lima penerima, tidak mungkin satu kawasan Dun hanya lima orang yang layak,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Lagi kes kanak-kanak diserang anjing liar: Alif keluar beli ubat, hanya 200 meter dari rumah"><meta itemprop="description" content="Hasrat seorang remaja lelaki membeli ubat untuk adiknya yang demam bertukar detik cemas apabila dia diserang anjing liar di Kawasan Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai di Iskandar Puteri, pada awal pagi Isnin.
Mohammad Alif Najmi Mohd Razi, 15, berkata, dia tidak menyangka perjalanan singkat ke kedai runcit kira-kira 200 meter dari rumahnya itu berakhir dengan kecederaan apabila seekor anjing menerkam dan menggigit kaki kirinya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/800262/edisi/johor/lagi-kes-kanak-kanak-diserang-anjing-liar-alif-keluar-beli-ubat-hanya-200-meter-dari-rumah
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #anjingliar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-13T07:38:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/fuseA1gpU0AvlcZrk/x1080"><meta itemprop="duration" content="P95S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbmesju"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbmesju"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbmesju"></script>