18 PATI warga Myanmar ditahan
Iklan
PASIR MAS - Seramai 18 pendatang tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang dibawa menggunakan dua buah kenderaan berjaya ditahan Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan dalam satu serbuan di hadapan sebuah sekolah agama di Pasir Mas, di sini pada Jumaat.
Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, dalam serbuan jam 1 petang itu, PATI berkenaan dipercayai dibawa menggunakan dua buah kenderaan utiliti serbaguna jenis Starex dan dipandu dua pemandu warga tempatan beralamat di Johor Bahru.