Hasni gagal laksana tugas Ketua Pembangkang Johor
Iklan
Ir Hasni Mohammad
JOHOR BAHRU - Adun Benut, Datuk Ir Hasni Mohammad dianggap gagal melaksanakan tugas selaku Ketua Pembangkang Johor dengan selayaknya.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, perkara itu adalah merujuk tindakan Hasni yang mahu memulangkan segala kelebihan yang diterimanya sebagai ketua barisan pembangkang.
"Saya menganggap Hasni gagal melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai ketua pembangkang. Sepatutnya beliau perlu mengamalkan politik matang dengan memberikan kritikan membina seperti idea penambahbaikan untuk Belanjawan Johor 2019 yang dibentangkan baru-baru ini.
"Tetapi beliau sebaliknya berhasrat untuk memulangkan segala kelebihan yang diterima sebagai Ketua Pembangkang, tindakan yang saya lihat lari daripada tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Osman berkata, perkara itu juga membuktikan bahawa laungan demokrasi yang mereka tuntut selama ini tidak lebih dari sekadar retorik untuk meraih simpati dan sokongan rakyat.
"Amalan demokrasi yang diamalkan kerajaan negeri pimpinan PH pada masa ini lebih baik berbanding sistem demokrasi yang dipraktikkan kerajaan negeri terdahulu.
"Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk mengiktiraf ketua pembangkang dengan elaun RM3,000 dan memberi bilik khas sebagai bukti mengiktiraf peranan pembangkang di negeri ini,” katanya.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri juga akan tidak akan menarik balik elaun dan kemudahan pejabat yang telah diberikan memandangkan ia merupakan salah satu pengiktirafan terhadap pentadbiran yang berasaskan sistem demokrasi berparlimen.
"Bagaimanapun tuntutan untuk menghadiri Majlis Mesyuarat Tindakan Daerah tidak dapat dipenuhi. Sebagai Ketua Pembangkang, beliau harus faham bahawa amalan demokrasi mempunyai had tertentu. Membenarkan kehadiran beliau dalam mesyuarat sedemikian seolah-olah kerajaan negeri yang ada pada hari ini merupakan kerajaan campuran.
"Namun ini tidak bermakna kerajaan negeri tidak demokratik seperti yang didakwa. Beliau masih dijemput menghadiri program-program rasmi kerajaan antaranya program i-Move dan juga Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri,” katanya.
Justeru, beliau turut menasihatkan Hasni untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai ketua pembangkang yang berkesan dan tidak dibayangi mantan Pengerusi BN sebelum ini Datuk Seri Khaled Nordin.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Kerajaan Johor akan terus membela semua kaum'"><meta itemprop="description" content="Barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu diingatkan supaya terus melaksanakan tanggungjawab tanpa berlengah, sambil menegaskan tiada istilah 'berbulan madu' dalam pentadbiran kerajaan negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua Exco perlu segera turun padang dan bekerja bagi memastikan mandat yang diberikan rakyat dapat diterjemahkan melalui penyampaian perkhidmatan terbaik serta pelaksanaan agenda pembangunan Johor.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788322/edisi/johor/exco-johor-diarah-terus-turun-padang-tiada-ruang-bulan-madu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #MBJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-18T06:43:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/cg1_I1gMo2dwHqv8l/x1080"><meta itemprop="duration" content="P68S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaq4q8i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaq4q8i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaq4q8i"></script>