JOHOR BAHRU - Seorang bekas pengurus sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) sekali lagi ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kuasa melibatkan pemberian projek-projek kepada dua anaknya bernilai lebih RM50,000.
Menurut sumber, lelaki berumur 61 tahun yang sepatutnya dibebaskan daripada tahanan reman hari ini, ditahan semula di pejabat SPRM Johor bersama dua anak lelakinya masing-masing berumur 28 dan 34 tahun antara jam 4 hingga 4.30 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.