Tasik Cermin dibuka semula kepada pengunjung 15 Januari ini
Iklan
MBI berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin akan merancakkan lagi sektor pelancongan. - Foto Bernama
IPOH - Tasik Cermin di sini, yang ditutup bulan lepas, akan dibuka semula bermula 15 Januari depan setelah Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berpuas hati dengan hasil siasatan insiden seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu baru-baru ini.
Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, Tasik Cermin akan beroperasi dari 8 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Iklan
Iklan
"Bagaimanapun, pihak MBI berharap kejadian seumpama itu tidak berulang pada masa akan datang.
"MBI berharap pembukaan semula operasi Tasik Cermin akan merancakkan lagi sektor pelancongan dan menjadi antara produk pelancongan utama di bandaraya Ipoh," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Iklan
Sebelum ini, beliau berkata, Tasik Cermin, yang ditutup kepada orang ramai pada 13 Disember lepas gara-gara tular video menunjukkan seorang lelaki terjun ke dalam tasik itu, akan dibuka semula selepas siasatan selesai.
Tasik Cermin berada di bawah pengurusan Geopark Lembah Kinta dan orang ramai tidak dibenarkan mandi-manda di kawasan itu.
Iklan
Baru-Baru ini, video berdurasi 15 saat yang memaparkan seorang lelaki berpakaian serba hitam terjun ke dalam tasik itu tular di aplikasi TikTok.
Tasik Cermin juga pernah ditutup kepada pengunjung pada Mac tahun lepas atas faktor keselamatan. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Ratusan batang besi bertaburan, jalan ditutup lebih 12 jam"><meta itemprop="description" content="Selepas kira-kira lima bulan penduduk Kampung Sungai Lang Tengah, Banting 'terseksa' dengan kedegilan pihak pemaju yang terus menggunakan jalan kampung sebagai laluan lori lebih muatan, situasi itu memuncak dengan kemalangan sebuah kenderaan berat itu pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Afham Ramli.
Kemalangan kira-kira jam 3.30 pagi dipercayai berpunca kerana lori membawa muatan besi tersebut gagal melepasi selekoh laluan tersebut sebelum terbalik dan hampir kesemua bahagian kenderaan itu terperosok masuk ke dalam parit.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806564/edisi/selangor-kl/ratusan-batang-besi-bertaburan-jalan-ditutup-lebih-12-jam
Muzik: Wicked Cinema Ricochet dari soundstripe.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaTerkini #AduanRakyat #Banting #Penduduk"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-29T03:53:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P88S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0xd6i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0xd6i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0xd6i"></script>