Dua kereta dihempap pokok tumbang
Iklan
KUALA LUMPUR - Dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Jalan 2/27A, Wangsa Maju di sini pada Jumaat.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.