NEW YORK - Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) mengecam pembunuhan dan pembakaran 35 orang termasuk empat kanak-kanak dan dua pegawai Save the Children di Timur Myanmar, lapor Sputnik, memetik pengumuman UNICEF dalam satu kenyataan pada Selasa.
"UNICEF terkejut dan sedih dengan laporan pembunuhan dan pembakaran sekurang-kurangnya 35 orang, termasuk empat kanak-kanak dan dua kakitangan organisasi kemanusiaan Save the Children, di Negeri Kayah di Timur Myanmar pada 24 Disember,” kata kenyataan itu.