Polis tahan dua lelaki seludup rokok bernilai RM300,000
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki menyeludup 29,930 kotak rokok dan 2,993 karton rokok putih tidak bercukai dianggarkan bernilai RM300,000 di sebuah premis di Desa Tun Razak, di sini pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, suspek yang ditahan kira-kira 5.30 petang itu, berusia lingkungan 58 dan 38 tahun dan hasil soal siasat, seorang daripada suspek telah membawa polis ke sebuah lagi premis di Jalan Klang Lama, di sini.