Program Jualan #Keluarga Malaysia diteruskan hingga awal tahun depan
Iklan
Muhamad Zikril Azan (dua dari kiri) bermesra dengan pembeli yang berkunjung ke salah sebuah gerai sayur ketika program Jualan #Keluarga Malaysia di Taman Putra Perdana, Sepang pada Sabtu.
SEPANG - Program Jualan #Keluarga Malaysia yang dianjurkan oleh kerajaan akan diteruskan di semua 222 kawasan Parlimen seluruh negara sehingga awal tahun 2022.
Program tersebut merupakan inisiatif oleh kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kewangan (MOF).
Iklan
Iklan
Pengarah KPDNHEP Selangor, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, program tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan kenaikan harga barangan keperluan sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, harga barangan keperluan asas yang dijual pada program tersebut adalah lebih rendah daripada harga pasaran kerana pembekal mendapat hasil daripada penternak atau pembekal secara terus tanpa melalui orang tengah.
Iklan
"Jualan kali ini mendapat kerjasama daripada agensi-agensi berkaitan seperti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas), dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Antara sebab mengapa barangan di sini dijual pada harga lebih murah berbanding pasaran adalah kerana agensi yang terlibat dalam jualan ini mengambil bahan-bahan tersebut terus dari ladang atau pembekal, dan ia memberi satu kelebihan kepada kami.
Iklan
"Kita jangkakan ada pembekal lain yang akan terlibat dalam program ini pada masa akan datang, jadi mana-mana pihak yang berminat untuk menyertai program ini boleh menghubungi kami," katanya ketika ditemui di Program Jualan #Keluarga Malaysia di Dataran 5C, Taman Putra Perdana, di sini pada Sabtu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sebelum ini beliau dibuang dan diturunkan, kita yang pulihkan dia - PM"><meta itemprop="description" content=""Beliau sebelum ini, dalam pentadbiran lalu telah dibuang dan diturunkan... Kita yang pulihkan dia kerana prestasinya."
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai tindakan terhadap Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, pada Selasa.
Menurutnya, tindakan yang dikenakan terhadap Shuhaily tidak sepatutnya dianggap sebagai kontroversi politik kerana sebarang dakwaan salah laku perlu melalui proses undang-undang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803059/berita/nasional/prestasi-baik-atau-jasa-seseorang-pegawai-tidak-boleh-dijadikan-alasan-mengetepikan-siasatan-ndash-anwar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #sidangdewanrakyat #pm #isuShuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T05:36:24.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P235S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt1pxq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt1pxq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt1pxq"></script>