Puak LGBT sengaja undang provokasi: MBM
Iklan
SHAH ALAM - Majlis Belia Malaysia (MBM) berpandangan perarakan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sempena Hari Wanita Sedunia dilihat sengaja mengundang provokasi kepada majoriti masyarakat.
Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, peserta perhimpunan sewajar tidak mengundang provokasi yang merosakkan ketenangan dan kestabilan masyarakat kerana keamanan perlu diutamakan.
Iklan
Iklan
"MBM juga menasihatkan agar setiap himpunan mempunyai permit dan mengikut lunas-lunas undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur himpunan LGBT perlu dikenakan tindakan tegas
Iklan
Menurutnya, kebebasan ada had dan batasannya yang disempadani dengan perlembagaan, undang-undang, agama dan norma-norma masyarakat.
Jufitri berkata, perhimpunan Hari Wanita Antarabangsa sewajarnya memfokuskan kepada isu pokok berkaitan hak wanita, keganasan gender, gaji minima, keganasan domestik dan perkahwinan kanak-kanak di bawah umur.
Iklan
"MBM juga yakin pendirian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak kerajaan menolak budaya hidup LGBT, namun dalam masa yang sama menegaskan golongan berkenaan tidak wajar didiskriminasikan hak mereka,” katanya.
Sabtu lalu, himpunan sempena Hari Wanita Sedunia yang diadakan di Dataran Merdeka dicemari kehadiran penyokong LGBT.
Dianggarkan kira-kira 1,000 peserta terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis menyertai himpunan tersebut.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>