Majikan swasta digalak beri cuti bergaji

Iklan
Gambar hiasan - Foto 123RF

PUTRAJAYA - Majikan sektor swasta digalakkan memberi cuti am bergaji kepada pekerja mereka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang diisytiharkan sebagai hari pelepasan am pada Jumaat.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan berkata, hari kelepasan am tambahan yang diisytiharkan itu bukan merupakan hari kelepasan am bergaji yang wajib diberikan menurut seksyen 60D (1)(b) Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Iklan
Iklan

"Majikan di sektor swasta digalakkan memberi cuti am bergaji kepada pekerja-pekerjanya," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim mengumumkan hari pelepasan am itu sempena kejuaraan pasukan Kuala Lumpur (KL City) FC dalam perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.

Iklan
Iklan

Pengisytiharan hari kelepasan am itu dilaksanakan selaras dengan subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Wilayah Persekutuan.