Peduli Ibu Tunggal sempena Hari Wanita Sedunia
Iklan
Ronald (dua, kiri) bersama penerima sumbangan Peduli Ibu Tunggal sempena Hari Wanita Sedunia.
PONTIAN - Sempena sambutan Hari Wanita baru- baru ini, PKR Cabang Pontian mengadakan lawatan Peduli Ibu Tunggal.
Ketua Cabang, Ronald Sia berkata, ibu tunggal perlu dihargai memandangkan mereka sentiasa berusaha membangunkan ekonomi keluarga di samping membesarkan anak- anak.
Iklan
Iklan
Katanta, kerajaan merangka pelbagai program sebagai usaha membantu ibu tunggal bagi meneruskan kehidupan.
"Bantuan ibu tunggal diberikan kerajaan telah diperkemaskan lagi supaya lebih ramai golongan yang memegang status ibu tunggal ini dibela
Iklan
"Tidak kira yang tinggal di pinggir bandar ataupun yang tinggal di bandar bandar besar yang cukup mencabar sekarang ini, kerajaan telah menyediakan bantuan e-kasih untuk ibu tunggal dan program KWSP I- Suri," katanya.
Katanya, wanita juga memainkan peranan penting dalam menyemai semangat perpaduan dan toleransi dalam jiwa anak-anak sejak dari kecil.
Iklan
"Ia penting agar usaha pembangunan dapat digerakkan dengan lebih berkesan dengan sokongan berterusan dari rakyat yang didukung oleh hampir separuh daripadanya, adalah golongan wanita.
"Oleh demikian, saya menyeru kepada semua wanita agar sentiasa peka terhadap setiap perubahan, memanfaatkan peluang yang disediakan, menimba seberapa banyak ilmu dan turut serta dalam apa jua program yang dilaksanakan oleh kerajaan," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>