GEORGE TOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang mengadakan perbincangan berterusan dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) bagi memastikan rancangan projek tambakan laut tidak menjejaskan keselamatan negara.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata, pihaknya memberikan perhatian yang serius kepada aspek rahsia ketenteraan Malaysia semasa pelaksanaan projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) dan di Bagan Ajam, Butterworth.